Kempen Panggil Semula OMODA 5 Chery Auto Malaysia – Panduan Pelanggan 

October 14, 2026

Chery Auto Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang kempen panggil semula ini. Bagi memastikan setiap langkah yang diambil adalah berdasarkan siasatan yang tepat dan selaras dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), serta bertujuan melindungi kepentingan pelanggan di samping menyediakan penyelesaian, butiran pelaksanaan kempen ini seperti berikut. 
 
Kempen panggil semula ini melibatkan sejumlah 8,878 buah kenderaan OMODA 5 (varian C dan H). Semua kenderaan yang terlibat dalam kempen ini layak menerima pemeriksaan dan penggantian komponen secara percuma di mana-mana pusat servis sah Chery di seluruh negara. 
 
Kami sedang berusaha untuk mempercepatkan penghantaran komponen gantian. Penghantaran pertama telah dibuat dan akan diedarkan ke pusat servis secara berperingkat. 
 
Untuk pengalaman pelanggan yang lebih lancar serta pelaksanaan kempen yang teratur, Chery Auto Malaysia telah mengenal pasti kenderaan yang terlibat dan akan menghubungi pemilik secara proaktif. 
 
Pemilik kenderaan boleh menyemak sama ada kenderaan mereka terlibat dalam kempen ini dengan memasukkan Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) di laman web Chery Malaysia.  
 
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai kempen ini, pelanggan dan pemilik kenderaan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Chery Careline di 03 – 9388 0888. 
 
Chery Auto Malaysia kekal komited untuk menangani perkara ini secara bertanggungjawab dan memastikan keselamatan pelanggan. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. 

Dikeluarkan oleh Chery Auto Malaysia
14 October 2026

Chery Auto Malaysia OMODA 5 Recall Campaign – Customer Guidance 

Chery Auto Malaysia extends its sincere gratitude to all customers for their patience and understanding throughout this recall campaign. To ensure that every measure taken is based on investigation findings, aligned with the Road Transport Department (JPJ), and designed to safeguard our customers’ interests while providing a solution. We would like to outline the following arrangements for this recall campaign. 

The recall campaign covers a total of 8,878 OMODA 5 vehicles (both C & H variants). All vehicles included in the campaign are eligible for a complimentary inspection and replacement at any authorised Chery service centre nationwide. 

We are making every effort to expedite the delivery of replacement components. The first shipment has been dispatched and will be delivered to service centres in stages. 

To provide a smoother experience for customers and ensure the orderly implementation of the recall campaign, Chery Auto Malaysia has identified the affected vehicles and will proactively contact the respective owners. 

In the meantime, vehicle owners may verify whether their vehicle is included in the campaign by checking their Vehicle Identification Number (VIN) on the Chery Malaysia website. 

For any enquiries regarding this campaign, customers and owners may contact Chery Careline at 03 – 9388 0888. 

Chery Auto Malaysia remains committed to address this matter responsibly and ensuring customer safety. We sincerely apologise for any inconvenience caused.

Issued by Chery Auto Malaysia
14 October 2026

奇瑞马来西亚 OMODA 5 召回行动客户指引 

奇瑞马来西亚谨向广大用户致以诚挚谢意,感谢大家对本次召回行动的耐心与关注。为确保各项措施均建立在准确调查结果的基础之上,并与马来西亚陆路交通局(JPJ)协调适当的应对,切实保障用户的便利与权益,并为每一位客户提供妥善的解决方案,现将本次召回行动的相关安排说明如下。

经确认,本次召回行动共涉及 8,878 辆 OMODA 5 车辆,涵盖 C 及 H 两个车型版本。所有涉及车辆均可享受免费的检查并更换服务,马来西亚全国范围内的奇瑞授权服务经销商均可提供相应服务。我们正全力推进零部件交付工作,首批备件已发运启程,并将陆续送达各授权服务中心。

为缩短用户等待时间、保障召回行动有序开展,奇瑞马来西亚已锁定相关车辆清单,并将通过主动邀约的方式安排车主到店更换。期间,车主亦可通过奇瑞马来西亚官方网站,输入车辆识别号码(VIN)查询其车辆是否属于本次召回的处理范围,并可拨打官方服务热线,或与就近经销商预约合适的进店时间. 如有任何关于此次召回行动的疑问,车主可致电奇瑞客户服务热线(Chery Careline):03-9388 0888,以获取进一步资讯。

奇瑞马来西亚将以认真负责的态度保障每位用户的用车安全,对此给广大用户带来的不便致以诚挚歉意。

14日10月2026年
由 Chery Auto Malaysia 发布

2